Khamis, 6 Ogos 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MEDAN,SUMATERA UTARA INDONESIA..









Panorama Di Tasik Danau Toba


Antara Tanaman kontan Di Berastagi.































Pengerusi sedang tawar-menawar harga.










Geng Koboi sesat....









LCCT-26.Ogos 09: Pesawat Air Asia AK 450 yang membawa seramai 41 orang dari rombongan pasukan B LCCT telah pun berlepas ke Medan,Indonesia pada jam 0800hrs waktu Malaysia.Rombongan yang diketuai oleh ketua pasukan TPPI Azizul Fahmi B Abd Mukti selamat tiba di Medan pada jam 0745hrs waktu Indonesia yang disambut oleh Konsulat Malaysia di Medan serta tarian yang dipersembahkan oleh pihak Tourism Indonesia. Matlamat rombongan adalah untuk meluaskan lagi pengetahuan para pegawai tentang hal-hal diplomasi serantau disamping dapat menikmati keindahan panorama di Medan. Hari 1 rombongan dibawa mengelilingi sekitar kota medan sebelum bertolak ke Danau Toba di Parapat yang menjadi tempat penginapan rombongan disana.Dalam perjalanan menuju ke Danau Toba rombongan dapat melihat suasana kehidupan harian masyarakat Indonesia di Medan. Jam 0530hrs rombongan tiba di Danau Toba dan seterusnya menaiki bot yang telah sedia menunggu sejak awal lagi untuk menuju ke Pulau Samosir,sebuah pekampungan kaum Batak yang mengambil masa 30minit perjalanan. di Samosir rombongan sempat membeli-belah sebelum pulang ke hotel. Hari ke-2,pagi di Danau Toba sungguh dingin. Rombongan bersiap untuk kembali ke kota Medan.Dalam perjalanan pulang ke Medan rombongan sempat singgah di beberapa tempat yang menarik antaranya Simarjarunjung,Brastagi,Sipiso-piso dan kawasan tanah tinggi. Pada sebelah petangnya rombongan tiba di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan untuk sesi perjumpaan bersama pihak Konsulat.Rombongan disambut Oleh Konsul Jeneral iaitu Tn,Yusoff B. Abu Bakar,Konsul Muda Bhgn Imigresen TPPI Hj Md Noor dan En,Noor Azman dari Tourism Malaysia.Majlis dimulakan dengan ucapan dari Konsul Jeneral yang menceritakan tentang corak kerja ketika berada di tanah seberang.Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati.Pada sebelah malamnya pula rombongan dijemput untuk menghadiri makan malam di rumah TPPI Hj Md Noor,Konsul Muda bhgn imigresen. Rombongan bertolak pulang ke Kuala Lumpur Pada keesokan harinya dengan menaiki pesawat Air Asia Ak451 pada jam 0800hrs dan selamat tiba di Kuala Lumpur pada jam 1000hrs. Semoga kunjungan padakali ini dapat memberi pengajaran dan pengalaman baru kepada semua peserta rombongan.