Isnin, 22 Jun 2009

TAKLIMAT MENGENAI CIRI-CIRI KESELAMATAN PASPORT..



Baru-baru ini bertempat di bilik taklimat Pejabat Imigresen LCCT telah pun diadakan satu sesi taklimat berkaitan ciri-ciri keselamatan pasport yang disampaikan oleh Ketua Pasukan B TPPI Azizul Fahmi B. Abd Mukti. Ini adalah inisiatif dari ketua pasukan B yang ingin para pegawai dibawah seliaan beliau mengetahui tentang ciri-ciri keselamatan pasport Malaysia mahupun pasport asing. Taklimat ini diadakan dengan bantuan PIT Abd Rahman dari Unit Forensik MTB yang memberikan nota dan contoh-contoh pasport yang telahpun dipalsukan.. Diharapkan para pegawai dapat menimba ilmu dari apa yang dipelajari untuk masa akan datang.








SARINGAN H1N1 TERHADAP PENUMPANG YANG BARU TIBA DI MALAYSIA...





MALAYSIA adalah negara yang ke-35 yang menerima penularan wabak InfluenzaA H1N1. Sehubungan dengan itu Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil langkah bagi menangani merebaknya wabak ini di semua Pintu masuk ke Malaysia. Di LCCT pihak kementerian Kesihatan telah menjalankan pemeriksaan rapi terhadap penumpang yang baru tiba di Malaysia. Setiap penumpang harus mengisi borang isytihar kesihatan yang telah disediakan.Para pegawai yang bertugas di bahagian hadapan seperti Imigresen,Kastam dan lain-lain agensi juga diberi perhatian oleh pihak Kesihatan apabila mewajibkan semua pegawai Imigresen di LCCT diberi suntikan vaksin H1N1 bagi mengelakkan sebarang jangkitan berlaku..