Isnin, 22 Jun 2009

TAKLIMAT MENGENAI CIRI-CIRI KESELAMATAN PASPORT..



Baru-baru ini bertempat di bilik taklimat Pejabat Imigresen LCCT telah pun diadakan satu sesi taklimat berkaitan ciri-ciri keselamatan pasport yang disampaikan oleh Ketua Pasukan B TPPI Azizul Fahmi B. Abd Mukti. Ini adalah inisiatif dari ketua pasukan B yang ingin para pegawai dibawah seliaan beliau mengetahui tentang ciri-ciri keselamatan pasport Malaysia mahupun pasport asing. Taklimat ini diadakan dengan bantuan PIT Abd Rahman dari Unit Forensik MTB yang memberikan nota dan contoh-contoh pasport yang telahpun dipalsukan.. Diharapkan para pegawai dapat menimba ilmu dari apa yang dipelajari untuk masa akan datang.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan