Sabtu, 16 Januari 2010

Tempoh sah laku VOA disingkat....

PUTRAJAYA - Kerajaan mungkin memendekkan tempoh sah laku visa ketibaan (VOA) pelancong kepada beberapa hari sahaja berbanding sebulan sebelum ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam berkata, ia salah satu langkah bagi memastikan kemudahan itu tidak terus disalahgunakan oleh sebahagian pelancong dari negara tertentu.

"Langkah itu adalah antara cadangan yang dikemukakan pada mesyuarat antara KDN dengan wakil dari pelbagai kementerian di sini," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Katanya, semua pihak yang terbabit dalam perbincangan itu akan mengadakan satu lagi mesyuarat sebelum hasil dan syor mengenai soal VOA, pekerja asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Selasa depan.

Mahmood berkata, cadangan memendekkan tempoh sahlaku VOA itu juga dikatakan bersesuaian dengan tujuan melancong yang tidak memerlukan tempoh yang terlalu lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan